top of page

TIPS KURANGKAN MORNING SICKNESS

  • Writer: Halim Boy
    Halim Boy
  • May 16, 2017
  • 2 min read

PETUA KAK NA 6 TIPS UNTUK KURANGKAN MUAL DAN LOYA KETIKA HAMIL P/s jgn lupa dh baca trus share ye. Kredit: siraplimau.com 1. JUMPA DOKTOR DAHULU Pertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya. Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.

2. HIDU BAU LIMAU Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang.

3. MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK Salah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. Cubalah.

4. ELAKKAN PERUT KOSONG Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong.

5. MINUM TEH HALIA Bagaimana dengan halia? Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi. Ok?

6. MAKAN VITAMIN Cuba ambil Vitamin B6 jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil. Tidak ada orang yang mahukan mabuk hamil tetapi terdapat pelbagai cara mengatasi mabuk hamil tersebut. Semoga petua hilangkan mabuk hamil ini dapat membantu serba sedikit.

 
 
 

Comments


Follow

  • Facebook

Contact

018-9000430

Address

Terengganu, Malaysia

©2017 BY MOEDER MILK KAK NA. PROUDLY CREATED WITH WIX.COM

bottom of page