top of page

7 Tips Atasi Masalah Bengkak Susu

  • Writer: Halim Boy
    Halim Boy
  • May 8, 2017
  • 3 min read

PETUA KAK NA 7 Tips Utk Atasi Masalah Bengkak Susu.. Mesti ramai kan yang ada masalah bengkak susu ni?? Nak2 lepas consume moeder. 😁😁 Sebenarnya, senang je utk atasi masalah ni. Klik gambar di bawah utk ketahui lebih lanjut. P/s dah lupa jgn lupa share ye, sharing is caring. Kredit to : www.nuhababy.com 1# TUAM SEJUK DAN TUAM PANAS Sekarang, anda sudah sangat sakit ! Jadi, legakan kesakitan dengan lakukan tuam sejuk dahulu. Iaitu balut ais atau ice pack dengan tuala basah dan tuamkan di sekitar payudara. Tujuannya supaya, kesejukan itu menyebabkan kulit payudara kebas dan kesakitan akan berkurang. Selepas itu, buat pula tuaman panas. Ambil tuala yang direndam air suam panas dan tuamkan sekeliling payudara. Tuam payudara daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Ini supaya saluran susu akan mengembang kerana kepanasan tuala tadi dan ianya dapat melancarkan semula saluran susu yang tersumbat. Buat tuaman panas ini berulang kali okey.

2# URUTAN DI SEKITAR AROELA Gunakan ibu jari dan jari telunjuk anda, main-mainkan disekitar kawasan aroela, tekan aroela ke dalam secara perlahan dan tarik puting perlahan. Kemudian, gunakan 4 jari anda (jari telunjuk sehingga jari kelingking) buat urutan di sekitar keliling payudara. Urutkan daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Tepek-tepekkan secara perlahan. Buat berulang kali juga sehingga payudara terasa lembut. Anda boleh juga gunakan handheld massager, yang boleh memberi urutan lembut pada payudara. Urutkan daripada dada turun ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Ini kerana ia membantu tanggalkan gumpalan susu yang tersumbat dan terlekat dalam saluran susu anda.Ā 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Tuam Bayi untuk masalah bengkak susu ini. Tuam ini mengandungi sireh, jintan hitam dan halba. Panaskan tuam dengan menggunakan seterika atau lalukan di atas api lilin. Tuam di kawasan belakang tengkuk, sekeliling payudara termasuk bawah payudara dan di celah ketiak serta ulu hati. InsyaAllah ia boleh melegakan bengkak dan urat-urat di badan kita. 3# MEMERAH SUSU Setelah payudara dan aroela lembut, barulah anda boleh memerah susu. Jangan sesekali terus mahu pam payudara yang sedang keras membengkak itu! Aduh..sakit tu. lembutkan dahulu payudara anda dengan 2 cara di atas dahulu, kemudian baru mula memerah. Anda boleh memerah menggunakan tangan ataupun pam. Paling efektif ialah perahan menggunakan tangan. Jika anda menggunakan pam, pastikan level pam adalah rendah dan perlahan ye. Apabila susu sudah diperah keluar dan payudara sudah semakin lembut, barulah anda boleh mula susukan bayi.Ā 

4# MAKAN SUPPLEMENT Anda boleh makan Lecithin (1000 mg) setiap hari untuk melancarkan semula saluran susu yang tersumbat. Lecithin ibarat ā€œminyak pelincirā€ untuk licinkan ā€œhighwayā€ saluran susu anda itu. Juga, vitamin C (1000 mg) setiap hari, supaya badan anda dapat bertindak cepat untuk menghasilkan kolagennya sendiri dan ā€œrepairā€ balik kerosakan saluran susu anda yang sudah rosak akibat tersumbat itu. Sama ada anda mahu mengambil supplement semulajadi atau pil, ianya terpulang. 5# MINUM AIR SUAM BANYAK Anda sedang berpantang dan menyusu, jadi sangat perlu untuk anda minum air banyak supaya susu lancar dan perjalanan darah anda lancar. Ketika berpantang, air yang dilarang minum banyak ialah air sejuk dan air masak biasa. Air yang boleh anda minum banyak sehingga 2 liter setiap hari ialah air SUAM dan air ubat periuk herba. Ini kerana, air ubat periuk dan air suam bertindak untuk penyembuhan badan dan melancarkan aliran darah. Apabila air cukup, barulah perjalanan darah lancar. Tahukah anda? kekurangan air dalam badan akan membuatkan perjalanan darah tidak lancar, dan ia menyebabkan sel-sel payudara akan menghasilkan asid. Jika darah berasid, ia menyebabkan ketulan susu ibu senang terbentuk dan susu ibu mudah berketul serta tersumbat di dalam saluran susu! Jadi, kena minum air cukup ye..bahaya tu kalau air tak cukup!Ā 

6# SUSUKAN BAYI SECARA KERAP Okey, setelah payudara sudah hilang sakitnya serta semakin lembut lepas anda amalkan tips di atas, maka susukanlah bayi anda dengan kerap. Ketika bayi menghisap, rajin-rajinkan buat urutan payudara mula daripada atas payudara turun ke puting (gunakan 4 jari anda). Ā Ini dapat melancarkan lagi aliran susu, supaya lebih banyak lemak susu yang terperangkap tu dapat dikeluarkan..

7# MELETAKKAN KOBIS Anda boleh juga letakkan kobis di payudara. Basuh kepingan kobis dan letakkan selama 15 minit sehingga bengkak itu surut dan lega. Tetapi, tidak boleh terlalu kerap ye. Ini kerana, kajian membuktikan kobis mampu mengurangkan penghasilan susu secara perlahan-lahan. Boleh sahaja untuk guna sekali sekali, cuma tidak digalakkan setiap hari dan setiap masa.Ā 

Ā 
Ā 
Ā 

Comments


Follow

  • Facebook

Contact

018-9000430

Address

Terengganu, Malaysia

©2017 BY MOEDER MILK KAK NA. PROUDLY CREATED WITH WIX.COM

bottom of page