top of page

7 Cara Hilangkan Kotoran Degil Di kuali Dan Periuk

  • Writer: Halim Boy
    Halim Boy
  • Apr 12, 2017
  • 2 min read

PETUA KAK NA 7 Cara Untuk Menghilangkan Kesan Karat Degil Di Periuk Dan Kuali Rasenya ramai yg ada masalah ni kan? Kuali dengan periuk kt umah ada kesan hangit, karat, dan hitam2.. dan sental pun tak hilang2 jugak. Mungkin anda guna cara salah kot, cuba guna cara ni. Mane tahu lepas ni kuali dengan periuk kt dapur anda berkilat macam baru beli. 😁 P/s dah baca jangan lupa share. Sharing is caring Kredit : siraplimau.com 

1. GARAM Bahan yang paling mudah didapati di dapur anda adalah garam. Caranya sangat senang. Cuma panaskan air dalam periuk tadi dan masukkan sedikit garam. Kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis periuk tadi.

2. CUKA Rebuskan cuka dalam periuk yang hangus tadi. Rendamkan seketika hingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental seperti biasa.

3. SODA BIKARBONAT Baking powder atau soda bikarbonat boleh digunakan bersama lemon atau cuka. Kalau tak ada, soda bikarbonat atau baking power sahaja pun sudah memadai. Panaskan air dalam kuali hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat atau baking powder. Biarkan sejuk sebelum dicuci. 

4. LEMON Lemon juga terkenal sebagai bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.

5. CREAM OF TARTAR Cara menggunakan cream of tartar juga sama dengan menggunakan soda bikarbonat. Rendamkan semalaman dan keesokan harinya anda boleh menggosoknya dengan mudah. 

6. KENTANG Ada dua cara untuk menggunakan kentang. Pertama, gunakan sebagai skrub dengan menaburkan sedikit garam seperti dalam gambar di atas. Cara ini biasanya berkesan untuk karat periuk akibat telah lama tak dipakai. Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya. 

7. ASAM KEPING Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang anda ingin cuci. Biarkan mendidih di atas api buat seketika. Kemudian, tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehingga kesan karat hilang  

 
 
 

コメント


Follow

  • Facebook

Contact

018-9000430

Address

Terengganu, Malaysia

©2017 BY MOEDER MILK KAK NA. PROUDLY CREATED WITH WIX.COM

bottom of page