top of page

7 CARA HILANGKAN BAU BUSUK PETI AIS

  • Writer: Halim Boy
    Halim Boy
  • Apr 10, 2017
  • 2 min read

Semua ada peti ais kan? Tapi masalah peti ais ni bila letak banyak sangat barang dia boleh jadi busuk. Dah buat macam2 tapi tak hilang jugak? Boleh cuba tips di bawah ni.  P/s dah baca jangan lupa share, sharing is caring.😘😘 Kredit : siraplimau.com 

1. SERBUK PENAIK / BAKING SODA Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang. Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan. 

2. CUKA PUTIH Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.

3. OAT Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk. Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika. 

4. SERBUK KOPI / TEH Gunakan uncang teh atau kopi dan letakkan dalam peti sejuk. Jika tiada yang jenis uncang, tabur serbuk kopi / teh di atas dulang dan letakkannya dalam peti sejuk. Sekelip mata bau kopi yang semerbak akan menguasai peti sejuk. 

5. ARANG Selain bahan di atas, salah satu cara menghilangkan bau peti sejuk yang berkesan dan semulajadi adalah dengan menggunakan arang. Masukkan arang kecil ke dalam bekas ‘tupperware’ dan letakkan dalam peti sejuk. Apabila letakkannya dalam peti sejuk, laraskan suhu dalam peti sejuk kepada yang rendah dan tutup pintu beberapa hari. 

6. ROTI Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti dalam peti sejuk dan tinggalkan sehingga roti tersebut menjadi kering. Jika masih berbau, boleh gantikan dengan roti yang baru sehingga baunya hilang. Jadi, lain kali kalau ada baki sekeping dua roti, jangan buang ya! 

7. ESEN VANILA Tahukah anda, esen vanila bukan hanya digunakan untuk memberi perasa dan aroma wangi pada kek, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mewangikan peti sejuk di rumah anda. Caranya mudah saja. Ambil sebesen kecil air dan titikkan 3-4 titis esen vanila ke dalamnya. Kemudian, ambil tuala bersih dan celupkan pada air ini untuk mengelap ruang dalam peti ais anda. Memang harum! 

 
 
 

Comments


Follow

  • Facebook

Contact

018-9000430

Address

Terengganu, Malaysia

©2017 BY MOEDER MILK KAK NA. PROUDLY CREATED WITH WIX.COM

bottom of page