top of page

8 KEBAIKAN CAFFEINE

  • Writer: Halim Boy
    Halim Boy
  • Apr 5, 2017
  • 2 min read

Pernah tak terfikir, apa kebaikan caffeine ni sampai ramai sangat yang suka minum. Dan antara minuman yang mengandungi caffeine ialah kopi dan teh. 

So jom baca kat bawah ni apa kebaikan caffeine 

( kredit : siraplimau.com )

1. MUJARAB UNTUK ELAKKAN MENGANTUK Sudah diketahui ramai sejak zaman dahulu lagi bahawa kopi adalah penyelesaian yang tepat untuk menghilangkan rasa mengantuk. Minum sahaja kopi, dan anda akan berjaga sepanjang hari. Tetapi, jangan terlebih dos ya, kerana takut akan menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang cukup sahaja. Kopi akan membantu untuk mengekalkan kesegaran minda anda khususnya jika tengah bekerja.

2. MENGUATKAN INGATAN Kopi dapat menguatkan ingatan? Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Johns Hopkins dari salah sebuah universiti di Amerika, lebih ramai orang yang minum kopi didapati mempunyai ingatan yang lebih kuat dari mereka yang tidak minum kopi. Jadi, minumlah kopi setiap hari pada kadar yang sesuai. 

3. MENGUATKAN STAMINA SELEPAS BERSUKAN Mesti ramai yang suka dengan ‘statement’ ini bukan? Bukan sahaja dengan minum air kosong dapat menyihatkan badan, rupa-rupanya kopi juga dapat membantu untuk meningkatkan stamina! Minuman berkafein dapat membantu untuk mengembalikan ‘muscle gylcogen’ yang berkurangan ketika kita bersenam. Jadi, selepas bersenam, kalau bosan untuk minum air kosong, anda boleh amalkan minum air berkafein juga. 

4. MEMBANTU MENGELAKKAN PENYAKIT ALZHEIMER DAN PARKINSON Apabila kafein dapat menguatkan memori, maka ia juga dapat membantu untuk mengelakkan penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson. Amalan mengambil minuman berkafein sejak usia muda amat disarankan supaya penyakit-penyakit ketika di usia lanjut dapat dielakkan. 

5. MEMBERSIHKAN USUS Ini adalah sesuatu yang baharu! Rupa-rupanya, minuman berkafein dapat mencuci usus kita. Mesti ramai yang menganggap bahawa hanya buah-buahan citrus yang dapat membantu untuk mencuci usus kita bukan? Ternyata, minuman berkafein juga mampu untuk mencuci usus. Oleh itu, amalkan minuman berkafein sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya anda mempunyai usus yang sihat. 

6. MENGURANGKAN KEMURUNGAN Selalu orang cakap dengan memakan coklat sahaja dapat mengurangkan ‘stress’ bukan? Ternyata, kafein juga dapat membantu mengurangkan depresi. ‘Xanthine alkaloid’ yang terkandung dalam kafein adalah antara faktor yang membantu seseorang itu kurang depresi apabila minum minuman berkafein. Bukan itu sahaja, dengan pengamalan minuman berkafein, anda juga mampu untuk mengurangkan risiko penyakit merbahaya seperti strok.

7. MENGURANGKAN BERAT BADAN Betul ke kafein boleh mengurangkan berat badan? Ya! Menurut kajian, minuman berkafein dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan dengan lebih banyak. Bagi sesiapa yang mahu menurunkan berat badan, amalkan minuman berkafein sebelum anda makan.Amalkan minum minuman berkafein dengan kadar yang betul dan mana tahu berat badan anda akan turun dalam masa yang singkat!

8. MENGURANGKAN RISIKO DIABETIS Seperti yang diketahui ramai, rasa kafein adalah pahit, begitu juga minuman yang berkafein. Justeru, dengan mengamalkan minuman berkafein, anda juga boleh mengurangkan risiko penyakit diabetis. Dengan mengamalkan minuman berkafein dengan dos yang betul, masalah kencing manis boleh dikurangkan dan anda akan menjalani kehidupan yang lebih sihat. 

 
 
 

留言


Follow

  • Facebook

Contact

018-9000430

Address

Terengganu, Malaysia

©2017 BY MOEDER MILK KAK NA. PROUDLY CREATED WITH WIX.COM

bottom of page