top of page

PETUA KAK NA

  • Writer: Halim Boy
    Halim Boy
  • Apr 2, 2017
  • 2 min read

7 tips membela kucing

Memang ramai yg suka kucing kan? Malah kucing antara haiwan peliharaan yg paling di gemari di dunia ni. Dan ramai yg suka bela kucing.

Tapi bela je tak cukup, kena tahu cara yg betol utk bela kucing ni. 

1) Sediakan keperluan asas kucing seperti permainan, makanan, tandas kucing dan alat untuk kucing mencakar.  Ini merupakan perkara asas bagi kita untuk memulakkan penjagaan kucing 2) Sentiasa membelai kucing anda, kerana dengan ini kucing akan merasa disayangi dan akan patuh kepada anda dan kita dilarang sama sekali melakukan kekasaran kepada kucing-kucing kita. Ini akan membuatkan mereka takut dan trauma jika kita melakukan kekasaran terhadap mereka. Mereka juga, mungkin akan menjauhkan diri daripada anda. 3) Sentiasa memberikan perhatian terhadap mereka contohnya sentiasa memandikan kucing, membersihkan dirinya, sentiasa memeriksa pada bahagian badan jika terdapat luka maka kita wajib merawatnya. 4) Sentiasa membwa kucing anda bermain diluar kawasan rumah anda. Pendedahan dengan dunia diluar rumah mungkin akan membuatkan kucing lebih menyanyangi kita kerana kucing juga memerlukan kebebasan. Jangan sesekali mengurung mereka didalam sangkar kerana mereka tidak menyukai apabila dikurung. 5) Dikala diwaktu lapang, ajaklah kucing kita bermain bersama. Bermain menggunakan tali atau bola. Kerana dengan cara ini akan membuat kucing anda lebih aktif dan tidak bosan. Selain itu juga, Ia boleh merapatkan anda dengan kucing anda. Selain itu, suasana yang ceria juga membuatkan kucing anda lebih senang jika bersama anda. 6) Kucing juga seperti kanak-kanak yang memerlukan teguran lebih-lebih lagi anak kucing yang agak nakal. Jika perkara ini berlaku maka alihkan dan buatlah teguran kepada mereka agar mereka berhenti melakukan perkara yang diluar jangkaan. Jika tuguran anda betul maka kucing ini pun akan memahaminya dan tidak akan buat semula. 7) Lindungi kucing anda daripada pelbagai ancaman luar, contohnya anjing dan kucing-kucing kejiranan anda. Jauhkan mereka dari sebarang pergaduhan. Kerana dengan pergaduhan antara kucing-kucing yang lain mungkin membuatkan kucing anda tercedera dan sakit 

 
 
 

Comments


Follow

  • Facebook

Contact

018-9000430

Address

Terengganu, Malaysia

©2017 BY MOEDER MILK KAK NA. PROUDLY CREATED WITH WIX.COM

bottom of page